
CARA PENJAGAAN SHAWL YANG BETUL Assalamualaikum! Hai, bertemu lagi di hari Jumaat penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan. Mm.. apa pulak yang saya nak kongsikan hari ini? Jom teruskan pembacaan anda. Mungkin masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara penjagaan shawl yang betul kan? Jangan risau saya akan kongsikan serba sedikit pengetahuan saya dalam penjagaan shawl ini. Senang je sebenarnya nak jaga shawl ni supaya tahan lama dan tak mudah rosak. Sedih kan dah beli shawl mahal-mahal, tak sampai sebulan dah rosak. Haa.. lepas tu mulalah nak menyalahkan penjual dan tukang jahit shawl tu kan? Ish! Tak bolehlah berfikiran negatif macam tu tau! Selalunya penjual shawl ni mesti menggunakan material yang berkualiti untuk memuaskan hati para pelanggan. Kalau tidak siapa nak beli lagi kan? Jadi sekarang mari kita semak beberapa tips cara penjagaan shawl yang betul :- ▪ Jika terkena kotoran seperti minyak, rendam shawl seketika kemudian ...