PEMILIHAN MATERIAL ATAU KAIN YANG SESUAI UNTUK TUDUNG DAN SHAWL
PEMILIHAN MATERIAL ATAU KAIN YANG SESUAI UNTUK TUDUNG DAN SHAWL
Assalamualaikum! Nama saya Rahayu Abdul Razak atau lebih mesra lagi dengan panggilan Ayu. Muneera Ayu adalah inspirasi tudung saya. Shawl plain yang dihiasi dengan sulaman timbul jahitan tangan. Tercetusnya nama Muneera Ayu adalah gabungan nama saya dan ibu. Tagline kami,
Muneera Ayu... serlahkan
keanggunanmu, maka terserlahlah keayuanmu.
Mm.. cantik jugak kan nama ni. Hee..
Untuk entri kali ini saya nak ajak anda semua mengenalpasti jenis-jenis material atau kain yang sesuai untuk tudung dan shawl.
Shawl atau selendang sudah lama menjadi trend di negara kita. Pelbagai penggayaan dapat kita lihat dari gaya tradisi yang tak luput di telan zaman kepada gaya yang lebih ranggi dan terkini tetapi masih mengekalkan kesopanan dan patuh syariah.
Ramai yang memilih untuk memakai shawl dan lilit sendiri mengikut cara dan kreativiti masing-masing. Tidak kurang popular juga yang memilih instant shawl yang lebih ringkas dan cepat. Hanya sarung sekali atau dua kali dah siap! Yang paling penting anda perlulah pandai memilih material yang tak panas, sejuk dan selesa untuk dipakai. Kalau dapat material yang tak jarang dan senang bentuk lagi menarik kan?
Jadi entri kali ini saya nak kongsikan serba sedikit pengetahuan mengenai jenis-jenis material atau kain yang sesuai untuk tudung dan shawl yang cantik terletak bila dipakai, lembut beralun dan semestinya corak-corak 3D yang lebih menyerlahkan penampilan hijabista semua. Tambahan pula kalau jenis kain tudung tu tak renyuk dan tak perlu digosok. Wow! Masa bersiap pun lebih cepat dan pantas kan?
Berikut adalah ciri-ciri tudung yang menjadi pilihan hijabista masa kini :-
▪ Tidak licin (matte)
▪ Meregang (stretchable)
▪ Mudah dibentuk
▪ Tidak jarang dan tidak pekak
▪ Sejuk dan selesa
▪ Kain lembut dan beralun (flowy)
▪ Tidak mudah renyuk dan tak perlu digosok
Seterusnya jom kita semak pula jenis-jenis material atau kain yang sesuai untuk tudung dan shawl ini.
▪ COTTON
Tudung jenis ini mudah digayakan kerana ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat sejuk dan terletak kemas saat digayakan.
▪ COTTON VOILE
Fabrik cotton yang senang dibentuk, sejuk dan tidak pekak. Tudung yang paling sesuai fabrik ini adalah tudung bawal.
▪ CHIFFON
Fabrik yang memerlukan penjagaan yang rapi kerana ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Namun tak susah untuk memakainya jika anda bijak memadankan tudung jenis ini dengan anak tudung jenis cotton agar tudung tidak mudah lucut dari kepala. Penggunaan pin yang minima pun sudah boleh menjamin kekemasan tudung yang dipakai.
CROCHET SHAWL BY MUNEERA AYU
Labuh patuh syariah (saiz 1.8m x 0.8m)
Material : Heavy Chiffon
Kurang renyuk
Tidak panas dan tidak jarang
Tidak licin dan senang bentuk
Cantik terletak ikut bentuk muka
Sulaman jahitan tangan bunga timbul sepanjang 50cm
NEW ARRIVAL
CROCHET SHAWL BY MUNEERA AYU
Material : Heavy Chiffon dengan jahitan bunga
sulaman tangan di hujung shawl.
Mudah bentuk, kurang renyuk, tak jarang dan
tak licin.
Size : 1.8m x 0.7m
NEW ARRIVAL
Sarung sekali dan lilit sekali
Material Chiffon dengan deretan sulaman
tangan bunga timbul dihujung shawl sepanjang 55cm
Labuh 1.8m x 0.7m
Material mudah bentuk, tak jarang dan tak licin
▪︎ BUBBLE CHIFFON
Material jenis ini telah menjadi trend sejak
kebelakangan ini. Sifatnya yang tidak mudah
renyuk menjadi pilihan hijabista yang tiada
masa atau tidak suka menggosok.
Macamana nak kenal material bubble chiffon
ni ye? Teksturnya seperti berbiji-biji
kalau dilihat secara dekat atau disentuh.
Kainnya jenis lembut, tak panas dan tak jarang.
Kalau pakai tudung tanpa anak tudung pun
takde masalah. Lagipun material jenis ni tak
licin pun. Cantik je terletak dan ikut bentuk
muka bila dipakai.
NEW ARRIVAL
AISYAH INSTANT BY FIRDIEYRA
Tak payah gosok, 1 muka sarung je!
Material Bubble Chiffon
Tak jarang dan menutup aurat
Labuh depan belakang (bidang 50)
Senang untuk travel
PRINTED SHAWL BY FIRDIEYRA
Labuh patuh syariah (saiz 2m x 0.7m)
Material : Printed Heavy Chiffon
Kurang renyuk
Tidak panas dan tidak jarang
Tidak licin dan senang bentuk
Cantik terletak ikut bentuk muka
Senang untuk travel
▪ CHIFFON CREPE
Fabrik yang mempunyai ciri regangan (stretchable) yang memudahkan untuk tudung melekap pada muka. Sangat sesuai untuk dibuat shawl.
▪ BUBBLE / DENIM
Fabrik yang menjadi kegilaan sesetengah hijabista. Ia kelihatan agak ranggi namun masih menampilkan kesopanan si pemakai. Bersifat sejuk dan mudah digayakan. Tudung bubble ini paling sesuai untuk travel kerana tidak perlu digosok.
▪ LYCRA
Ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaanya pun lebih mudah dan kerana kain tudung jenis inilah terciptanya pemakaian tudung tanpa pin.
EXPRESS HIJAB BY FIRDIEYRA
Tudung sarung tak perlu pin
Material : Lycra berkualiti tinggi
Labuh patuh syariah
▪ SATIN
Material tudung jenis satin ini juga agak sukar untuk digayakan. Tetapi kelihatan mewah dan feminin. Jika dililit dikepala akan kelihatan kemas dan terletak. Salah satu cara memilih tudung satin ini adalah dengan memastikan bahagian dalam tudung satin ini bersifat matte atau tidak licin.
▪ PEARL SATIN
Fabrik satin yang paling sesuai untuk membuat shawl kerana ia tidak tebal. Ada yang suka menggunakan kain ini untuk membuat tudung bawal. Kainnya yang agak matte didalam dan licin diluar. Kelihatan agak elegan. Warna yang berkilat dibahagian luar membuatkan sipemakai tampak eksklusif dan premium.
▪ SATIN SILK
Fabrik satin yang mempunyai banyak variasi. Ada yang tebal dan ada juga yang nipis.
PLAIN SHAWL BY FIRDIEYRA
Material : Satin Silk
Labuh patuh syariah (saiz 2m x 0.7m)
Satin berkualiti tinggi
Selesa dan senang bentuk
Tidak licin dan tidak pekak
Minimal iron
▪ PEARL SATIN
Fabrik satin yang sesuai untuk membuat shawl kerana ia tidak tebal dan tidak nipis. Material yang sangat sejuk dan warna-warnanya lembut seperti warna pearl.
▪ SATIN VENUS
Fabrik satin yang sangat best. Sangat nipis dan sejuk tetapi tidak terlalu jarang. Sesuai dibuat shawl dan tudung bawal.
▪ SATIN CREPE
Fabrik satin yang meregang (stretchable). Sangat sesuai untuk dibuat shawl kerana melekap dimuka. Tetapi agak kurang sesuai dibuat tudung bawal.
▪ BAWAL NO. 1
Bawal yang banyak dipakai di Kelantan, Bawal yang sangat bagus dan harga agak murah. Material yang sejuk.
▪ CORNSKIN
Fabrik campuran cotton dan crepe tetapi mempunyai tekstur seperti cornskin (kulit jagung). Sangat sesuai untuk travel kerana ia tidak perlu digosok.
Sekian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi panduan untuk anda membuat pilihan jenis-jenis material atau kain yang sesuai untuk tudung dan shawl. Jumpa lagi di entri yang akan datang.
VISIT IG SHOP & FB PAGE :
www.instagram.com/hijab.with.style
www.facebook.com/hijabwithstyle
WASSALAM
Chiffon voile tak perlu gosok/ironless ke?kalau bawa travel renyuk tak?
ReplyDeleteTudung Chiffon Voile ni sesuai je untuk travel. Light iron. Kalau printed tak gosok pun ok je. 🙂
DeleteAssalammualaikum kalau saya cari tudung tak perlu gosok jenis bawal,apa pilihan kain dan design yang saya ada?
ReplyDeleteAssalamualaikum .. boleh saya dapatkan email puan untuk saya mengajukan soalan ..
ReplyDeletenak cotton shawl jenis ironless
ReplyDelete