CARA PENJAGAAN SHAWL YANG BETUL

Assalamualaikum! Hai, bertemu lagi di hari Jumaat penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan. Mm.. apa pulak yang saya nak kongsikan hari ini? Jom teruskan pembacaan anda.


Mungkin masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara penjagaan shawl yang betul kan? Jangan risau saya akan kongsikan serba sedikit pengetahuan saya dalam penjagaan shawl ini. Senang je sebenarnya nak jaga shawl ni supaya tahan lama dan tak mudah rosak. Sedih kan dah beli shawl mahal-mahal, tak sampai sebulan dah rosak. Haa.. lepas tu mulalah nak menyalahkan penjual dan tukang jahit shawl tu kan? Ish! Tak bolehlah berfikiran negatif macam tu tau! Selalunya penjual shawl ni mesti menggunakan material yang berkualiti untuk memuaskan hati para pelanggan. Kalau tidak siapa nak beli lagi kan?

Jadi sekarang mari kita semak beberapa tips cara penjagaan shawl yang betul :-

  Jika terkena kotoran seperti minyak, rendam shawl seketika kemudian gosok bahagian kotoran dengan perlahan (sebaiknya gunakan sabun mandian)

  Cuci shawl dengan air suam atau sejuk

  Jemur di kawasan yang teduh

  Cara mencuci terbaik adalah dengan mencelup shawl beberapa kali sahaja kemudian sidai, (membantu mengekalkan warna)

  Jika kerap mencuci, gunakan bahan pencuci jenis pelembut

  Kaedah penyimpanan terbaik adalah dengan menggantung dari melipat

Dan jangan sesekali anda buat perkara ni :-

  Merendam shawl terlalu lama dalam air

  Guna mesin basuh untuk mencuci shawl kerana ia akan merosakkan fabrik

  Meramas shawl ketika mencuci

  Mencuci dengan air panas

  Memerah dengan sekuat hati

  Mencampurkan shawl dengan pakaian lain semasa mencuci

Sekian untuk hari ini. Di harap perkongsian cara penjagaaan shawl yang betul ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua. In Shaa Allah, semoga berjumpa lagi di entri yang akan datang.

WASSALAM

FOLLOW IG SHOP & FB PAGE :

www.instagram.com/muneeraayu_hijab

www.facebook.com/muneeraayuhijab 




Comments

Popular posts from this blog

PEMILIHAN MATERIAL ATAU KAIN YANG SESUAI UNTUK TUDUNG DAN SHAWL

TIPS PENJAGAAN TUDUNG

MANFAAT MEMBACA AYATTUL KURSI